Tuesday, March 31, 2015

PULANG



AKU CUBA MEMBASUH SILAM

TAK TERBILAS

SEAKAN MEMBEKAS

HARI INI AKU TEKADKAN

UNTUK PULANGKAN

KENANGAN

YANG PERNAH KAU TANDAKAN

BEBAN

LUKA




MANUSIA DERHAKA

SUDAHLAH







Satu perlu kau tahu
Cerita sudah jelaskan
Yang lalu sudah buktikkan

Ramai yang terkandas
Dunia ujian yang patutnya jadi hikmah
Bertukar Musibah

Bila kau tak cuba bangkit
Aku tahu sakit dan perih
Kau jangan cuba minta dari manusia
Mereka juga tidak akan faham
Tidak pernah

Pilihan di tangan kau
Pergi kau sujud padaNYA
Merayulah padaNYA
Jika satu dunia memandang mu jijik
Kau jadikan diri mu bidadari syurga

Manusia Derhaka

BALAS SEPI

Saat bila kamu kenal apa itu sepi
Saat itu kamu bersoal pada waktu yang menawarkan diam buat rasa dalamnya

Tak berganjak dan wajah seiring berkelip seperti indah tak pernah pudar dan makin laju dapatkan roh nafas

Tika itu kamu belajar dan sentap, sesuatu yang telah tertoleh sudah tidak mampu diperoleh

Kamu hanya bisa menelan untuk senangkan perasaan dan jiwa

Kini, baru kamu tahu betapa perihnya sepi..

Manusia Derhaka

GALI



Andai rapuh 
Tunjukkan aku cara berteduh
Andai lusuh
Punya carakah untuk ku teguh

Kalau begitu, kenapa rasanya semakin manjauh
Ku mohon
Lelaplah wahai masa
Tidurlah sang waktu

Agar aku tidak merasa sakitnya detik
Menanti sesuatu yang hilang
Memikir yang pasti takkan pulang

ManusiaDerhaka

*YA ALLAH, tunjukkan aku..apa sebenarnya yang Engkau cuba sampaikan?..

HARAP

Disaat jatuhnya air mata
seakan tidak memberi peluang
untuk senyum semula
seperti tidak ada detik lagi
untuk tertawa semula

Aku merenung seorang
dengan harapan
Aku temukan
Kehidupan ku semula

Manusia Derhaka

SELESAI


Jika bukan masa ini
Bila lagi
Mencari menyakinkan

Masih di depan mata
Masih dalamnya rasa
Masih terasa semua

Tak perlu mengungkap bicara
Cukup hanya pandangan mata

Mungkin jauhnya jarak
Namun jika tidak mengorak
Bila lagi menyapu luka, dulu, kini dan kelak?

sebelum hilang segalanya..

ManusiaDerhaka

*Aku cuma ingin langsaikan apa yang tertangguh, sebelum aku kehilangan segalanya..

GALAU

Semoga tiba pada waktu yang tepat
Untuk mudah perasaan berehat
Agar dapat tenteramkan sarat

Manusia Derhaka

UNIC - Doa Iman





cuma ini harapan ku..matikan aku dalam Iman..

MESEJ

apakah sebenarnya..
Di saat manusia fikir kau merintih sebab itu
Tapi tafsiran mereka salah
Kau sedang mencari jawapan untuk ini

Banyak
Terlalu banyak
Yang kau terima dan jumpa
Kadang bukan kau yang mendesak masa
Tapi sekeliling mu yang mendesak kau

Apa yang kau perlu buat?
Aku masih mencari
dan terus bertanya

Apakah sebenarnya?
Apakah yang ingin disampaikan?

Aku yakin DIA tidak akan terlalu kejam untukku
Cuma bila kah mata hati ini terbuka
dengan jiwa yang kosong
Rahsia yang membunuh
Adakah ini aku punya pilihan atau takdir ku?
Dimanakah persimpangan
Aku sebenarnya dimana dan apakah sebenarnya?

ManusiaDerhaka

KOSONG



Saat kau jatuh, satu perasaan kosong mengetuk..
Kosong teramat..
Tiada perasaan cinta, benci, dendam, marah, iri hati
Yang ada keliru dan mencari
Aku tak tahu kenapa
Terlalu banyak mesej yang disampaikan
Ada yang lafaz cara begini
Ada yang tafsir cara begitu
Situ sini sana
hingga kau hanya mampu penjam mata mu
Biarkan masa berlalu cepat
tapi kenapa aku rasa makin lambat
jawapan tiada
keputusan sukar
akhirnya makin pudar
apa yang aku cari sebenarnya?
apa cerita yang ingin disampaikan?
Aku sudah terlalu lemah
jasad, roh ku sudah berkecai
tapi kenapa seakan ada tangan yang masih cuba menggengamku
mencuba untuk aku berdiri perlahan
Adakah mata hati aku buta
Atau belum tiba masanya
Aku merintih
Apa yang disampaikan sebenarnya?
dimana aku?
apa aku perlu buat?
manusia memandang aku dgn derita
Aku tidak kisah
manusia memandang aku dgn marah
Aku tidak kisah
manusia memandang aku dgn dendam
Aku tidak kisah
manusia memandang aku dgn jijik
Aku tidak kisah
Sebab aku kosong..
Aku hanya pandang dan lihat
musibah dan sedih
betulkah jalanku ini..

Manusia Derhaka

RAHSIA MEMBUNUH

Kala merasa tenang pasti ada menusuk secara perlahan
Kala merasa sedia pasti ada cuba merisik untuk semakin jauh
Sungguh, sakit..
Bagaimana untuk fahamkan manusia
Ia bukan dia
Itu bukan dia

Didatangkan dengan pelbagai ragam jenis musibah
Ada musibah yang boleh dikongsi
Ada masalah yang boleh dibentuk semula
Ada sakit yang boleh terlafaz
Namun cukup sukar bila
Ia kekal menjadi rahsia
Rahsia yang membunuh perlahan
Rahsia yang kekal menjadi racun hati
rahsia yang kekal membunuhku
Rahsia yang akan membadai ketenangan
Rahsia yang akhirnya meragut hidup

Kala aku cuba bangkit
Ramai ingin jasad ku dulu
Punya kuasa?
Dorongan berbeda
Semakin keliru
Harus bagaimana untuk diluah
Punya cara?

Manusia berikan semua
tapi bukan itu
berulang kali hati menjerit
bukan ia
bukan dia
tapi tak mampu tertafsir
takut saja semua pincang
Andaian pincang
Emosi tidak terimbang
Akal tidak panjang

Akhirnya aku keliru
Rahsia ini pasti membunuhku secara perlahan

ManusiaDerhaka


Monday, March 30, 2015

EGO

Hilang Suara
untuk jelas
Sempit Ruang 
untuk nafas
Peluang
lenyap dan terbenam
Kerana
Sudah terkunci 
dalam dunia Ego

ManusiaDerhaka

AMBIL

Kalau benci
Ambil saja
Takut terpatri
Sukar terlari

Kalau marah
buang saja
Takut tersimpan
Sukar lepaskan

Manusia Derhaka

PUTUS

Belum sempat mengutus
sudah terputus

Belum sempat meneroka
kembali terluka

Ketika cuba untuk bicara
Ada nafas tamatkannya

Aku hanya menunggu
Jika masih lagi sisa cerita.?

Manusia Derhaka

HIDUP

Hidup ini sudah menjadi noktah
Tunggu saja lusu tulisannya

Jika ruang sempit merasa sedikit
Apatah lagi sengketa yang membawa luka

Kiranya yang sempit menjadi terhimpit
Yang sengketa bertambah pedihnya

Jangan dibawa ruang itu
Jangan di titip sengketa itu
Biarkan ia tinggal
Kekalkannya

Sekarang
rasa nikmat
tenang
bahagia
genggam saja

Manusia Derhaka

UNIC - Seindah Sabar (Official Lyric Video) ᴴᴰ







dalam kederhakaan kita, ALLAH masih mampu menarik kita..



bersabarlah..sedih itu tidak salah..namun jangan sampai buta untuk mencari hikmahnya..

TENANG

Jiwa Tenang
Memerhati Senang
Menilai Terimbang
Amatan Seimbang

Tidak

Andaian Sumbang
Sangkaan Menyimpang
Tafsiran Pincang

Hati tenang
Akalnya panjang

Manusia Derhaka

SUNYI

Sunyi
terasa
tidak menghiris
tidak merasa
tapi mengisi
menyeka gerimis
seakan
mempelawa diri
ingatan kembali
tak terdaya
Sungguh
kita yang perih
mengulangi sedih

Manusia Derhaka

BICARA

Mungkin saja tidak bersuara
Akal bicara
Mungkin saja tidak kebal
Sabar menebal

Timbang diri saat terhiris
Jika bilangnya cekal
Sinar kan menanti

Manusia Derhaka

HATI

Bagaimana rasanya hati..?
Sudah larutkah pedihnya..?
Moga akal sahaja difikiri..
Jika akalah..jangan..
Jika lusuh..biarkan..
Jika pendam..lafazkan..
Asal perginya seketika..
Datang bersama..
Titip waktu yang lama..
Tidak mengapa..
Lewat entah kau datang..
Asalkan dengan ketenangan..

Manusia Derhaka

RESAH

Resah

Saat perasaan mula membunuh secara perlahan
Rebah
Jatuh
Payah untuk Bangkit

Aduh..!
Perasaan itu datang lagi
Belum puas merasa tenang
Sudah kembali merisik

Sakit..!
Tak tertahan
Aku rela tertusuk
biar nampak darahnya
Asal jangan sembunyi
Sakitnya teramat

Sungguh..!
Apa semua ini
Aku istigfar
Hidupkan aku dalam iman
Matikan aku dalam iman
Bangkitkan aku dalam iman

Sungguh..
Kita yang sedih
Sering mengulangi perih

Manusia Derhaka