Monday, April 13, 2015

MAKNA

Kita akan belajar sesuatu yang bermakna dengan mengenali erti kegelapan dan keignkaran

Monday, April 6, 2015

LUPA

mati itu pasti
hidup inshaALLAH
jangan jual akhirat anda
untuk dunia yang sementara

Bagaimana aku boleh lupa ini?
sungguh manusia itu

Manusia Derhaka

PENDIRIAN

Bagaimana untuk mengukuhkan sesuatu yang telah terkubur
PRINSIP dan PENDIRIAN
aku mempunyai cara ku
aku suka menulis seiring dengan kesembuhan ku
itu cara aku untuk mengukuhkan pendirian ku
ia bagaikan kau mencari cahaya dalam terowong
aku tahu bukan mudah
kerana perjalanan masih panjang
tapi kita tiada pilihan
hanya terus berjalan 
usaha dapatkan sinarnya

Manusia Derhaka

THE PURPOSE OF LIFE


Soalan yang tidak pernah mendamaikan aku..
Tidak pernah..
Aku masih mencari..
Dalam kelemahan meniti Dunia..
Soalan ini tidak pernah mendamaikan aku..

Manusia Derhaka

Sunday, April 5, 2015

REHAT

bila masa kita rehat?
disaat kita menikmati masa terakhir
kita menutup mata
tanda kita kembali pada asalnya
datang dan pergi dengan serupa
sama saja
saat itu kita akan merasa
apa itu
bagaimana rasanya
REHAT
dan kini kembali
untuk kita
dihukum
 
Manusia Derhaka

TIADA PILIHAN


Hidup
adakalanya berdiam
adakalanya menunjukkan taring
adakalanya sunyi dan sepi
itu ragamnya
disaat kita berusaha untuk memberi kefahaman
ketika itu bagai ada yang menyekat
meletakkan kita ke dalam kotak kecil
menghayati pemandangan kotak itu
bagaimana rasanya jika ia hanya hitam saja
bagaimana untuk bicara jika nafasnya sudah ditali
disaat ketika kita berkata benar
kita dibilang berdusta
disaat kita merasa sakit
kita dibilang berpura
aduh
sungguh
ingin aku pertanyakan pada mereka
bagaimana rasanya sakit
pasti dan aku yakin
"sakitnya seperti sakit jantung"
bukan
aku persoalkan bagaimana rasanya sakit
"sakitnya tak terperih"
jelas
tafsiran dan takrifan
tidak mudah diperjelas
tiada yang dapat memberi makna secara tepat
bagaimana dan apakah itu sakit
mungkin jika aku tampar
mereka hanya mampu meraung
"sakitnya.."
tapi bagaimana rasa sakitnya
noktah. tiada. kosong maknanya
kerana mereka tidak mampu
untuk lafazkan
betapa sakitnya
begitu juga
mereka tidak akan mampu
fahami
selami dasari
hanya mampu untuk
gertak
mengatakan yang salah
sedangkan kita sendiri
bagaikan dalam kotak
yang tidak mampu bergerak
tidak boleh bernafas
malah
tidak bisa bicara
takut sahaja dikata
kita berpura ketika sakit
kita berdusta ketika benar
dan kita
TIADA PILIHAN
hanya untuk
menjadi kuat
Manusia Derhaka

KELEBIHAN

kelebihan
kadang
hilang kawalan
rapuh pandangan manusia
jijik pada mu
kejam pada mu
argghh
aku bukan mohon pada manusia
sudah
cukup
hanya aku dan TUHANKU
 
kelebihan
kadang membawa makna
namun kadang curang
bila ia tidak dipasakkan pada hati
hati padaNYA
akhirnya terlerai
berdarah itu pasti
menyakitkan lagi perih
 

Manusia Derhaka

Saturday, April 4, 2015

MATI

Jangan Merasa TAKBUR
Kelak tempat kita pastinya KUBUR
 
Jangan berduka dengan DUNIA
pasti ada rasa BAHAGIANYA
 
Kejarlah,
 
Apa tujuan hidup ?
Bagaimana keadaan pada hari terakhir disini?
 
Sungguh aku tidak berduka bila menikmati betapa pedihnya MATI
 
Manusia Derhaka

NILAI SERINGGIT

GST..
 
Aku diberi kepercayaan oleh ibu ku untuk menguruskan perbelanjaan rumah. Dari A hingga Z.
 
Aku cuba untuk membeli barang sebelum 1April, namun akibat kekangan dan lambakan manusia yang ramai menyerang sebarang "supermaket" kerana takutkan "GST" lagi menolak keinginan ku untuk berbelanja
 
Setelah melihat, dan berbelanja selepas GST, apa yang aku perhatikan terlalu banyak barang ynag meningkat secara mendadak
 
Terutamanya barang yang di import, aku bercadang untuk menggunakan barangan domestik dan menukarkan sebarang jenama yang melibatkan barangan antarabangsa.
 
Perbincangan mengenai GST ini telah hangat diperdebatkan di pejabat aku. Ramai yang peniaga terutamanya restoran yang cuba mengambil kesempatan bukan dengan peningkatan sebanyak 6% tetapi peningkatan yang "cekik darah"
 
Sungguh, aduan di sini sukar untuk dilafazkan , rata-rata kebanyakkan yang masih tidak memahami apa itu "GST" dan tahap keintelektualan yang masih belum matang dari segi pemikiran.
 
Apa yang menyedihkan dan membimbangkan aku terfikir akan ada satu saat mereka akan kehilangan pergantungan secara total pada TUHAN dan berpusu-pusu mencari wang untuk selesaikan permasalahan ini. Mereka lebih rela untuk berfikir apa yang perlu di makan untuk esok hari. Aku tidak tahu, hanya mungkin.
 
Aku bercadang untuk keluarkan duit melalui ATM, tapi banyak lagi yang berbaris panjang. Sebelum giliran aku untuk mengambil duit, di hadapan aku seorang ibu tua yang agak pendek dari aku dan memudahkan aku utuk melihat berapa nilai yang dia cuba keluarkan.
 
mencuba untuk keluarkan RM 30.00, tidak dapat
mencuba untuk keluarkan RM 10.00, tidak dapat
 
Aku merasa hairan kerana ATM pada masa itu hanya mampu keluarkan RM 50,.00. Tapi oleh kerana nilai dalam kad ibu tua itu hanya ada RM 50.00.Membuatkan aku tersentak. Dia berlalu pergi dengan perasaan hampa.
 
nilai seringit
 
Aku melawat saudara yang telah dilantar sakit, dalam perjalanan pulang aku melihat, plastik bergantung seperti plastik "icecream" kampung yang berharga RM 0.20. Tapi malangnya bukan "ice ceram", plastik itu terdiri dari minyak, gula, garam dan keperluan asas yang telah di kurangkan kuantitnya dalam bentuk kecil dan di jual dengan harga murah. Aku fikir zaman ini dah berlalu ruapanya ada lagi.
 
nilai seringgit
 
Perjalanan balik, aku singgah untuk membeli keperluan, apa yang membuatkan aku nangis, dalam keadaan kita takut dengan "GST", ketika kita sibuk berbelanja, ada seorang nenek tua yang sangat tua mendekati "tong sampah" dengan tujuan untuk memenuhi sang perut.
 
nilai seringgit
 
Ini ujian buat aku yang melihat, tapi aku gagal untuk bertindak.Aku masih melihat bagaimana "GST" bereaksi nanti. Aku hanya menanti..

Thursday, April 2, 2015

RINGKAS

Sesuatu yang ringkas tapi membawa makna
Fahami mereka yang membuat salah 
Puji kebaikan mereka

Manusia Derhaka

MESEJ 1


7 Hari aku bersedih, aku menggunakan sedih yang telah dibentuk, bukan sedih secara fitrah.
Hati tak tenang, resah dan gelisah malah perih tak terkata
Hari ke tujuh, aku hilang kawalan apabila mendapat perkhabaran yang lagi sarat untuk ku tanggung
Namun aku cuba untuk cekalkan hati, mencari apakah sebenarnya?
Silap ku?
Terlalu banyak namun tiada solusikah untuk ini?
Bukankah setiap penyakit pasti ada penawarnya, begitu juga dengan masalah
Aku menghembus dalam tangisan, mata yang dipenjam masih tidak mampu menghalang air mata untuk terus mengalir
Ku buka semula mata ku, berharap semua ini hanya mimpi, malang ia kekal sebegitunya
Biar sezarah pun, semua tetap sama
Bila malaikat dunia ku cuba memeluk ku dan menenangkan ku
Aku tersentak, kiranya dirku ini masih lagi diperlukan
walau sehina begini?

"Cukup, jangan kau tangisi, banyak lagi perlukan kau"

Arrgh, apa ini semua, aku cuba untuk bangkit
namun seakan ada yang masih mengenggam ku menghalang ku
Ya, rahsia ku
Aku cuba mencari kekuatan cuba untuk berdamai
Bagaimana aku berdamai dengan kenangan dan memori ku
Aku cuba untuk berteman dengan rahsia ku
Namun masih tiada jawapan

Esok, seperti biasa, masih lagi sisa tangisan dan baki perih yang pasti akan berbekas
Seorang Hamba ALLAH di datangkan dan menyuruh aku untuk membuka satu surah sambil bertadarus bersama.

A010

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

A011

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

A012

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.

A013

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

A014

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

"kau tau kah apa yang TUHAN maksudkan di sini?"
"untuk kau sedar akan janji mu"
"TUHAN mu sedang menunggu dan menunggu"
"Tidak sedarkah lagi?"
"Janji yang selalu lafaz dalam hati , jasad mu berbicara roh mu menyahut akan janji itu"
"Kau ingin menjadi manfaat dan memberi manfaat"
"Dalam kederhakaan mu ALLAH mampu menarik mu, bukankah itu rahmat TUHAN MU"
"ALLAH mendahulukan pengampunananya dan rahmatnya"

.........................................................................................................................................

Manusia Derhaka

Wednesday, April 1, 2015

4K




Aku cuba untuk mencari dan memberi penerangan apakah itu GST dari segi pemahaman aku dan bagaimana ia berfungsi. Sungguh, banyak isu yang cuba aku utarakan 1MDB, kenapa hutang Malaysia tinggi secara mendadak dan bagaimana keadaan ekonomi kita sekarang?.Aku memahami dari sudut kefahaman aku.Titik dan noktah. *Aku ada satu perasaan, bukan semua yang kita faham adalah secara total benar walaupun ia adalah fakta.

Sebelum post seterusnya untuk aku kongsi apa sebenarnya semua ini?
Aku cuma ingin tekankan 4 K yang harus kau ada dalam diri.Kau harus faham dan yakin.

K-Kerohanian
K-Keintelektualan
K-Kesihatan
K-Kewangan

Kerohanian
harus menjadi sebati dalam diri, aku cuba ingatkan diri aku sebelum bertindak aku kena faham konsep taubat, tauhid dan taqwa= pergantungan secara total kepada ALLAH. Jika aku ingin menghasilkan sesuatu yang baik atau positif, emosi ,jiwa semua yang berkait rapat dengan kerohanian perlu dalam keadaan yang secara total bergantung pada ALLAH.Aku hakikatnya manusia yang secara fitrah menghambakan diri padaNYA.Jadi jangan cuba bertanya kenapa aku harus bergantung padaNYA

Keintelektualan
Aku hakikatnya tidak kisah untuk membaca buku jenis apa, yang penting mesej yang cuba disampaikan buatkan aku faham dan apa yang perlu aku buat untuk kebaikan diri ku dan orang sekeliling ku. Kalau buku Benz Ali ada yang mahu bagi pun aku baca.Sebab aku kena kenal dulu dengan ilmu itu.Ilmu ALLAH ini luas.Jangan terlalu sempit nanti makin terhimpit.

Kesihatan
Ini harus diberi penekanan.Kadang kita akan rasa sakit, perih dan berasa dunia ini berlaku kejam, adakalanya kita melakukan sesuatu yang diluar jangkaan untuk menyakiti diri kita. Tapi aku terus berfikir, aku harus hargai diriku, kerana aku penentu sendiri dimana aku diletakkan, syurga atau neraka, dan yang pasti aku kena hargai diri sebab ramai lagi yang perlukan aku.Sebab itu aku letakkan kerohanian (makanan dalaman), keintelektualan (makanan akal untuk berfikir secara rasional) dulu dan kedua-dua ini akan mempengaruhi kesihatan kau.

Kewangan
Bila kau ada tiga K di atas tu, ia mudahkan kau untuk cari duit.Hakikatnya, kita perlukan wang dalam hidup.Tapi bukan kau memenuhi keinginan wang, tapi biarlah wang memenuhi keinginan kau.Bila manusia bertuhankan wang, aku takut dia akan lakukan apa sahaja untuk dapatkanya.Sebab itu biar wang yang tunduk pada kau.

Kesimpulannya, guna akal dan fikir

Sekian.

Manusia Derhaka

SALAHNYA



salahnya
bukan tidak memahami
tapi kerana dosa yang dilakukan
rahsia yang membunuh
akhirnya kita tertekan
roh, jasad berkecai

aku tahu
kau tahu
ini antara kita
apa salahnya

biarkan aku dan kau
yang tebusnya
bukan orang lain
tapi kau dan aku
inshaALLAH
bila waktunya


Manusia Derhaka

BERDAMAI


Memori
Kenangan
Punya makna dan cara untuk di tafsir
Tiada siapa yang terlepas memikir yang lalu
Malah kita sendiri harus tentukan
Sama ada jadikan ia PENCURI HIDUP
Atau kita perlu BERDAMAI

Jika memilih PENCURI HIDUP
Tidak perlu berdamai
Cuba menyimpan musuh dalam hidup
Kita akan kehilangan hari ini
Tiada peluang untuk mendepani esok
Ia telah dicuri
Terus memikirkan dosa, kenangan , memori
Tanpa bertindak untuk tebus semula
Kita leka dan akhirnya membunuh perlahan
Kita kehilangan segalanya
semalam, kelmarin dan esok
semua punah dan hilang begitu sahaja
Dek kerana ego berteman dengan musuh
Hilang penghargaan untuk sekarang, detik ini dan waktu ini.
Sungguh, sayang.
Akhirnya yang ditoleh tak mampu diperoleh

Aku akhirnya memilih untuk BERDAMAI
Aku pasti sukar untuk berdamai
Kenangan pasti akan menusuk ku secara diam
Memori akan  menghiris tanpa sedar
dan akhirnya aku hilang kawalan
Aku tahu dan pasti akan itu
Aku berdamai dengan mencari kelemahan ku
yang disembunyikan oleh kenangan dan memori
Apa yang aku silap perlakukan
Apa yang telah aku sakiti
Apa yang telah aku perbuat
Itu cara aku berdamai
Untuk aku tebus
mencairkan memori dan kenangan
Aku tidak mahu mereka mencuri hidupku
Aku tidak sanggup kehilangan segalanya
Kerana hakikatnya
Aku perlu hari ini untuk mendepani esok.

Manusia Derhaka

*Hargai manusia, waktu sekarang sebelum hilang lenyap tanpa sedar.


NANTI

Saat ini hati ku terdetik
Dalam sujud terakhir ku
Aku bersangka baik padaNYA
Ya, pasti ada hikmah
Itu sudah pasti
Aku tahu ALLAH bukan hanya
Tunjuk salah pada ujian ini
Tapi banyak
Tersangat
Yang aku alpa, lupa dan makin punah
Tapi aku diingatkan kembali

Apa aku harus lakukan?
Aku mengambil iktihar
Untuk sedih secara fitrah
Aku tidak akan menyalahkan
Manusia yang lain
Ini antara aku dengan ALLAH
Sungguh Aku ini, Aku ini
Sakit, perih tapi akhirnya
ALLAH bagi yang aku perlu bukan yang aku mahu

Aku akan bertindak
Cuma beri aku ketenangan
Beri aku kesempatan dalam sendiri
Aku cuba mencari kekuatan
Cuba untuk mencari
Bila tiba waktunya
Pasti aku langsaikan
Bersabarlah, hanya DIA mengetahui..

Manusia Derhaka

ASAS CINTA





Asas cinta ku salah
menyimpang lagi pincang
Bila aku sedar, sentap rasa terhempap
Tidak salah untuk kau menyinta
apatah lagi mengasihi
cuma bila asas cinta itu salah
keraknya akan rasa sehingga penghujungnya
Aku cuba menyoal
Jika dilihat salah ku hanya sedikit
Tapi kenapa ia begitu rumit
Sehingga banyak benda harus pertikai
Akhirnya aku jatuh dan jatuh
Sukar untuk dapatkan jawapannya
Bukankah mudah jika ini harus dibincang
Tapi ternyata makin sukar
Ku cuba mencari
Bukankah aku sudah menawarkan kekesalan?
Dengan harapan mekar semula
Tapi semakin tersekat dan pudar
Ku mencari lagi
Hati ku bagai dibadai ombak tanpa pesan 
Akhirnya ku temukan 
Aku tidak meletakkan hati ku padaNYA
Aku bergantung pada sifat yang lemah
Aku terlalu mengharapkan yang halal 
Tapi lupa untuk betulkan diri
Sehingga ia menekan membawa perih
Aku hilang yakin pada DIA
seakan takbur meliputi diri
Akhirnya Asas cinta ku salah
Aku punya masa utk perbetulkan
Tapi aku masih punya harapankah?
Seperti Yusuf dan Zulaikah?
Aku hanya menanti
waktu yang tepat, jiwa yang tepat,
emosi yang tepat dan pasti
roh serta jasad yang tepat

Manusia Derhaka

YAKIN



Aku nekad malam itu
Aku buang semua no manusia dalam telefon bimbit ku
Aku makin keliru
Terlalu banyak mesej yang ALLAH sampaikan daripada manusia
Kadang hati ku mengatakan tidak
Tapi seakan berbicara untuk mengatakan ya
Tiada yang percaya apa yang aku rasa
Bukan kerana sakitnya ujian itu
Bukan dan tidak
Ada benda lain yang ALLAH nak sampaikan

Aku teringat bila temanku bicara "jawapan itu tidak mungkin akan dapat dengan cepat, masa yang akan menentukan, kita mugkin tidak akan dapat jawapan , tapi dalam proses mencari itu, kita sedang mengatur diri kita untuk dapatkan jawapan yang akhirnya telah di noktahkan"

Aku nekad, aku padam untuk aku cari tanya terus pada TUHAN
Apa yang ingin disampaikan
Fitrahnya aku manusia aku juga ingin berkongsi
Tapi aku harus yakin pada doaku dan fitrahku menghambakan padaNya
Sehina bagaimana pun aku, Aku yakin ALLAH tak kan pernah memandang aku dgn jijik
Aku nekad aku terus mencari 
Aku terus melangkah
Aku terus bertindak
Aku ingin dapatkan hasil
Ya, tapi aku ajar diri untuk tidak mendesak dan sabar
Aku harus yakin, pasti ada kemudahan dalam kesulitan
Aku yakin..
Bentuk macam mana pun jenis manusia itu
Dia akan kembali kepadaNYA juga
yakinlah..
Aku yakin dan terus mencari untuk aku bertindak
Biarlah langkah ku ini adalah seakan jawapan untuk dapatkan jawapan
aku yakin dan yakin untuk mencari..


Manusia Derhaka

SEDIH





Aku tak salahkan kau bersedih

Tidak mengapa

Kau teruskan

Tapi perlu kau ingat ada dua jenis sedih

Sedih secara fitrah dan Sedih yang telah dibentuk



Sedih secara fitrah adalah sedih yang lahir dari mata hati

Sedih yang telah ALLAH pasakkan dalam hati kau

Kadang Sedih ini buat kau untuk sendiri

Kenal diri, dosa, tujuan hidup dan bila kau mati nanti



Sedih yang telah dibentuk adalah sedih dari pemikiran masyarakat yang telah disistem

Sedih yang buat kau untuk maju kehadapan

Sedih untuk kau semakin bersemangat untuk terus hidup

Sedih jenis macam ini adalah sesuatu yang tidak perlu disedihkan

Tapi akibat desakan pemikiran yang telah dibentuk hati kau menjadi sedih



Aku perlukan kedua-dua sedih ini

Tapi kalau kau ada sedih secara fitrah

Kau tetap akan boleh terus melangkah

Kalau kau hanya ada sedih yang telah dibentuk

Kau akan cepat tersungkur



Kalau kau mahu dapatkan kedua-duanya

Kau dapatkan sedih secara fitrah dulu

Pasti sedih yang dibentuk akan datang dengan sendirinya

Kau harus faham dan percaya

Bergantung pada keyakinan kau



Manusia Derhaka

1 APRIL 2015




Ramai antara kita yang terus sibuk memikirkan kesan 1 April
Tapi mereka lupa untuk sibuk memperbaiki diri mereka

Ramai antara kita yang terus sibuk untuk membeli belah sebelum 1 April
Tapi mereka lupa cara untuk menyelesaikan kerana minda mereka telah tepu

Ramai antara kita yang terus sibuk mencari salah 1 April
Tapi mereka lupa untuk sibuk mencari manfaatnya

Satu benda yang perlu diingat, kadang ujian itu adalah hikmah, namun ia bertukar menjadi musibah kerana kita lupa apakah makna di sebaliknya dan mata hati kita yang terus buta dek hilang kesabaran dalam proses mencari jawapan

Ada 3 hari yang paling penting dalam hidup ini, saat mereka lahir, saat mereka sedar tujuan kehidupan mereka dan saat mereka sedar dan sentiasa semak kesilapan mereka untuk terus berada di Jalan ALLAH..

Memang kadang bukan mudah untuk kita bangkit, tapi percayalah ALLAH tidak kejam pada hamba-hambanya

Surah Al Baqarah : Ayat 30

"Ingatlah ketika Tuhammu berfirman kepada para malaikat "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata "Mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dan memuji Engkau dan menyucikan Engkau"?Tuhan berfirman "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"

Betapa ALLAH mengetahui, walaupun aku masih mencari kerana terlalu banyak mesej yang aku terima daripada ALLAH, tapi aku yakin ini adalah hikmah terbesar dan aku perlu terus mencari dan hanya masa yang menentukan. 

Satu pengajaran yang aku belajar, aku perlu sibuk mempersiapkan diri ku sebelum aku membantu, takut sahaja aku akan goyah membawa bersama yang semakin jauh pada ALLAH.Aku perlu tetapkan dan pasakkan pada diriku bahawa pergantungan itu pada yang kekal dan tidak pernah akan pudar walau sedetik, sezarah malah sesaat.

Percayalah, bukan semua akan dapat dengan pantas. hanya kesabaran menentukan ketenangan dan kebahagian..

Manusia Derhaka

DOA ISTIKHARAH - UNIC





YA ALLAH, dengan kekuatan MU,maka bantulah serta permudahkanlah..amin