Memori
Kenangan
Punya makna dan cara untuk di tafsir
Tiada siapa yang terlepas memikir yang lalu
Malah kita sendiri harus tentukan
Sama ada jadikan ia PENCURI HIDUP
Atau kita perlu BERDAMAI
Jika memilih PENCURI HIDUP
Tidak perlu berdamai
Cuba menyimpan musuh dalam hidup
Kita akan kehilangan hari ini
Tiada peluang untuk mendepani esok
Ia telah dicuri
Terus memikirkan dosa, kenangan , memori
Tanpa bertindak untuk tebus semula
Kita leka dan akhirnya membunuh perlahan
Kita kehilangan segalanya
semalam, kelmarin dan esok
semua punah dan hilang begitu sahaja
Dek kerana ego berteman dengan musuh
Hilang penghargaan untuk sekarang, detik ini dan waktu ini.
Sungguh, sayang.
Akhirnya yang ditoleh tak mampu diperoleh
Aku akhirnya memilih untuk BERDAMAI
Aku pasti sukar untuk berdamai
Kenangan pasti akan menusuk ku secara diam
Memori akan menghiris tanpa sedar
dan akhirnya aku hilang kawalan
Aku tahu dan pasti akan itu
Aku berdamai dengan mencari kelemahan ku
yang disembunyikan oleh kenangan dan memori
Apa yang aku silap perlakukan
Apa yang telah aku sakiti
Apa yang telah aku perbuat
Itu cara aku berdamai
Untuk aku tebus
mencairkan memori dan kenangan
Aku tidak mahu mereka mencuri hidupku
Aku tidak sanggup kehilangan segalanya
Kerana hakikatnya
Aku perlu hari ini untuk mendepani esok.
Manusia Derhaka
*Hargai manusia, waktu sekarang sebelum hilang lenyap tanpa sedar.

No comments:
Post a Comment