Wednesday, April 1, 2015

1 APRIL 2015




Ramai antara kita yang terus sibuk memikirkan kesan 1 April
Tapi mereka lupa untuk sibuk memperbaiki diri mereka

Ramai antara kita yang terus sibuk untuk membeli belah sebelum 1 April
Tapi mereka lupa cara untuk menyelesaikan kerana minda mereka telah tepu

Ramai antara kita yang terus sibuk mencari salah 1 April
Tapi mereka lupa untuk sibuk mencari manfaatnya

Satu benda yang perlu diingat, kadang ujian itu adalah hikmah, namun ia bertukar menjadi musibah kerana kita lupa apakah makna di sebaliknya dan mata hati kita yang terus buta dek hilang kesabaran dalam proses mencari jawapan

Ada 3 hari yang paling penting dalam hidup ini, saat mereka lahir, saat mereka sedar tujuan kehidupan mereka dan saat mereka sedar dan sentiasa semak kesilapan mereka untuk terus berada di Jalan ALLAH..

Memang kadang bukan mudah untuk kita bangkit, tapi percayalah ALLAH tidak kejam pada hamba-hambanya

Surah Al Baqarah : Ayat 30

"Ingatlah ketika Tuhammu berfirman kepada para malaikat "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata "Mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dan memuji Engkau dan menyucikan Engkau"?Tuhan berfirman "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"

Betapa ALLAH mengetahui, walaupun aku masih mencari kerana terlalu banyak mesej yang aku terima daripada ALLAH, tapi aku yakin ini adalah hikmah terbesar dan aku perlu terus mencari dan hanya masa yang menentukan. 

Satu pengajaran yang aku belajar, aku perlu sibuk mempersiapkan diri ku sebelum aku membantu, takut sahaja aku akan goyah membawa bersama yang semakin jauh pada ALLAH.Aku perlu tetapkan dan pasakkan pada diriku bahawa pergantungan itu pada yang kekal dan tidak pernah akan pudar walau sedetik, sezarah malah sesaat.

Percayalah, bukan semua akan dapat dengan pantas. hanya kesabaran menentukan ketenangan dan kebahagian..

Manusia Derhaka

No comments:

Post a Comment