Tuesday, March 31, 2015

RAHSIA MEMBUNUH

Kala merasa tenang pasti ada menusuk secara perlahan
Kala merasa sedia pasti ada cuba merisik untuk semakin jauh
Sungguh, sakit..
Bagaimana untuk fahamkan manusia
Ia bukan dia
Itu bukan dia

Didatangkan dengan pelbagai ragam jenis musibah
Ada musibah yang boleh dikongsi
Ada masalah yang boleh dibentuk semula
Ada sakit yang boleh terlafaz
Namun cukup sukar bila
Ia kekal menjadi rahsia
Rahsia yang membunuh perlahan
Rahsia yang kekal menjadi racun hati
rahsia yang kekal membunuhku
Rahsia yang akan membadai ketenangan
Rahsia yang akhirnya meragut hidup

Kala aku cuba bangkit
Ramai ingin jasad ku dulu
Punya kuasa?
Dorongan berbeda
Semakin keliru
Harus bagaimana untuk diluah
Punya cara?

Manusia berikan semua
tapi bukan itu
berulang kali hati menjerit
bukan ia
bukan dia
tapi tak mampu tertafsir
takut saja semua pincang
Andaian pincang
Emosi tidak terimbang
Akal tidak panjang

Akhirnya aku keliru
Rahsia ini pasti membunuhku secara perlahan

ManusiaDerhaka


No comments:

Post a Comment